Noraniza Idris

Noraniza Idris

Profile:
Nor Aniza Binte Haji Idris or better known as Noraniza Idris in the Malaysian music industry, is known in her home country as the Queen of Malay Traditional Pop Songs. The genre she plays is known as Irama Malaysia, which fuses local traditional genres with Anglo-American pop music. Lyrically, her music includes references to the revival of traditional Malay music. She began her career as a wedding singer, and soon found herself in the recording studio after participating the Bintang RTM (a talent search singing contest) in 1985.

Noraniza Idris adalah penyanyi popular Malaysia yang merupakan salah seorang penyanyi Malaysia yang berjaya melahirkan album solo di setiap 4 dekad berturut selain M Nasir, Anita Sarawak, Sharifah Aini, Khatijah Ibrahim, Jamal Abdillah dan Ramlah Ram.

Nor Aniza Binti Haji Idris @ Noraniza Idris dilahirkan di Kampung Melayu, Kluang Johor. Anak kepada penyanyi boria dan qariah Al-Quran ini, ialah anak keenam daripada dua-belas adik beradik. Berpendidikan rendah di Sekolah Tengku Mahmud 1, Kluang dan seterusnya melanjutkan pengajian di Sekolah Tinggi Kluang.

Noraniza Idris telah menyertai Bintang RTM pada tahun 1983 dan 1985 sebelum merakamkan lagu dalam album. Ketika menjalani rakaman peringkat awal Bintang RTM 1985, Hamidi Rashid, Pengurus Artis dan Reportaire Life Record pada masa itu, tertarik dengan kelunakan suara Noraniza Idris. Dia lalu mendekati Noraniza dan ayahnya, Idris Ahmad, ketika kedua-dua anak beranak itu menikmati juadah di kantin Angkasapuri. Hamidi menawarkan Ani menjadi artis syarikat rakamannya. Ini peluang keemasan biarpun pertandingan Bintang RTM belum selesai. idris setuju Ani menjadi artis rakaman.Pada separuh akhir Bintang RTM 1985, Noraniza gagal lagi namun ia tidak menangis seperti ketika kegagalan 1983.Mungkin dia sudah dewasa. Tambahan pula kehadiran Hamidi bagaikan ubat yang dicari selama ini. Ani beruntung dapat merakam suara untuk album lagu-lagu daripada filem bersama penyanyi terkenal lain berjudul Melayu Deli. Sejak itu, Ani terus diberi peluang merakamkan satu demi album bersama Life Records. Bermula dari situ, Noraniza Idris telah membentuk imej dan personalitinya sebagai seorang penyanyi.

Setelah Melayu Deli, Noraniza Idris merakamkan album Kaparinyo : Seleksi Lagu-lagu Dari Filem dan Nostalgia Malindo sebanyak 3 Volume. Popularitinya semakin meluas apabila beliau merakamkan pula lagu-lagu sendiri menerusi 3 buah album pop Melayu Mengemis Rindu, Inginku Sandarkan Harapan dan Masihkah Dirimu Menyayangiku. Noraniza mula mengikat kontrak bersama syarikat rakaman antarabangsa Sony Music pada 1991 sekaligus berpeluang bekerjasama dengan penerbit terkenal Ramli M.S.. Album perdananya bersama Sony adalah sebuah album duet bersama penyanyi pop terkenal Ibnor Riza yang berjudul Seindah Budimu.

Setelah itu beliau mula merakamkan lagu-lagu dari filem Melayu klasik menerusi album Lagu-lagu dari Filem dan Kenangan Lama, sebanyak 9 Volume bersama Abdullah Chik setelah gandingan bersam Ibnor tidak mendapat sambutan menggalakkan berbanding dengan Abdulah. Sony seterusnya menerbitkan album pop etnik berjudul Noraniza Idris pada 1992 terbitan Ramli M.S bersama Jimmy Ali yang mula membuka jalan kepada Noraniza untuk mencuba muzik etnik kontemporari. Walaubagaimanapun, album ini tidak mendapat sambutan yang menggalakkan ekoran pasaran muzik tradisional masih berada di tahap konvensional.

Selepas album tersebut, Noraniza masih aktif menyanyi bersama Abdullah Chik tambahan beliau telah keluar dari Sony Music. Namun pada 19 September 1995 ketika bersama menjayakan sebuah pertunjukan pentas di Kota Bharu, Kelantan, Abdullah Chik jatuh di belakang pentas lalu menghembuskan nafas terakhir, yang kemudiannya disahkan akibat serangan jantung. Jenazah Abdullah Chik dibawa ke Kuala Lumpur dan dikebumikan di tanah perkuburan Islam, Petaling Jaya. Sejak itu Noraniza sedikit murung dan tidak bersemangat untuk terus memperjuangkan irama tradisional Melayu.

Setelah tiga tahun menyepi kerana memberi perhatian terhadap keluarga, akhirnya pada tahun 1997, Noraniza Idris telah melahirkan album eksperimental yang bercorak pop tradisional, Pertemuan beliau bersama penerbit album tradisional terkenal Suhaimi Mohd Zain atau lebih dikenali sebagai Pak Ngah ternyata memberi tuah. Maka lahirlah album Ala Dondang yang diterbitkan atas kepercayaan Suria Record (SRC). Memandangkan sambutan yang menggalakkan, beliau terus kekal merakamkan album-album yang berirama tradisional Malaysia seperti Masyhur dan Seri Balas. Noraniza diiktiraf sebagai pelopor kepada irama Pop Etnik dan Tradisional kerana berani menerbitkan album tradisional secara tidak konvensional seperti sebelum ini.

Pada album yang berikutnya, Noraniza Idris telah membuat satu pembaharuan pada album beliau dengan menyelitkan lagu yang berunsurkan peribumi tradisional. Maka terbitlah lagu Ngajat Tampi (ciptaan Rosli Selasih/Siso) dalam album Bekaba. Seterusnya Noraniza terus melahirkan album-album yang banyak bereksperimen dengan muzik sejagat hingga diberi gelaran Ratu Pop Tradisional.

Pada tahun 2006, Noraniza Idris telah menerbitkan sebuah album kompilasi khas untuk menandakan 20 tahun penglibatan beliau dalam industri muzik ini, iaitu Lenggok 20 Tahun. Album ini juga sempat memuatkan sebuah lagu lama yang diolah semula, Dayung Sampan, dengan menampilkan pemain erhu, He Yun yang didatangkan khas dari Negara Cina.

Pada tahun 2008 menyaksikan Noraniza diberi penghormatan apabila lagu-lagunya nyanyian dipilih untuk mewakili konsep muzik Melayu Kontemporari dalam pertandingan realiti Sehati Berdansa Musim 2. Lagu-lagunya dipilih untuk persembahan tarian oleh kesemua peserta program tersebut(yang terdiri daripada pasangan selebriti Malaysia).

Noraniza menerbitkan album Cintaku Satu pada 2010 yang menyaksikan beliau bekerjasama dengan penyanyi-penyanyi baru seperti Jaclyn Victor, Marsha Milan Londoh dan ramai lagi.

Isi kandungan [sorokkan]
1 Album
1.1 Album Solo
2 Anugerah / Pencapaian
2.1 Anugerah utama
2.2 Anugerah Industri Muzik
2.3 Anugerah Juara Lagu
2.4 Anugerah Bintang Popular Berita Harian
2.5 Anugerah lain
3 Penglibatan
4 Jawatan Disandang
5 Laman Web
Album[sunting | sunting sumber]
Rencana utama: Diskografi Noraniza Idris

Album Solo[sunting | sunting sumber]
Kaparinyo (1986)
Nostalgia Malindo (1987)
Mengemis Rindu (1987)
Inginku Sandarkan Harapan (1988)
Masihkah Dirimu Menyayangiku (1990)
Noraniza Idris (1992)
Ala Dondang (1997)
Masyhur (1998)
Bekaba (1999)
Iktiraf (2000)
Aura (2002)
Sawo Matang (2004)
Lenggok (2006)
Cintaku Satu (2010)
Primadona (2013)
Sites:
[a586047]

Artist

Noraniza Idris Discography Tracks

Albums

Noraniza Idris, Rafeah Buang, Sham (16) Noraniza Idris, Rafeah Buang, Sham (16) - Lagu-lagu Dari Filem (Album) Life Malaysia 1986 Sell This Version
HMC 1738 Noraniza Idris 10 Pujaan Malindo(Cass, Album) LIFE Records (9) HMC 1738 Malaysia 1986 Sell This Version
Noraniza Idris Mengemis Rindu (Album) LIFE Records (9) Malaysia 1987 Sell This Version
HMC 1783 Noraniza Idris 10 Pujaan Malindo Vol. II(Cass, Album) LIFE Records (9) HMC 1783 Malaysia 1987 Sell This Version
HMC 1820 Abdullah Chik, Noraniza Idris Abdullah Chik, Noraniza Idris - Lagu-lagu Dari Filem & Kenangan Lama Vol.2(Cass, Album) LIFE Records (9) HMC 1820 Malaysia 1987 Sell This Version
Abdullah Chik, Noraniza Idris Abdullah Chik, Noraniza Idris - Lagu-lagu Dari Filem & Kenangan Lama Vol.3 (Album) Life Malaysia 1988 Sell This Version
Abdullah Chik, Noraniza Idris Abdullah Chik, Noraniza Idris - Lagu-lagu Dari Filem & Kenangan Lama Vol.4 (Album) LIFE Records (9) Malaysia 1988 Sell This Version
Noraniza Idris Inginku Sandarkan Harapan (Album) LIFE Records (9) Malaysia 1988 Sell This Version
Abdullah Chik, Noraniza Idris Abdullah Chik, Noraniza Idris - Lagu-lagu Dari Filem & Kenangan Lama Vol.5 (Album) Life Malaysia 1989 Sell This Version
Noraniza Idris Masihkah Dirimu Menyayangiku (Album) Musical Sound Organisation Sdn. Bhd. Malaysia 1990 Sell This Version
MC 158 Noraniza Idris, Ibnor Riza Noraniza Idris, Ibnor Riza - Seindah Budimu Vol. 2(Cass, Album) Sony Music MC 158 Malaysia 1991 Sell This Version
Noraniza Idris Noraniza Idris (Album) Sony Music Malaysia 1992 Sell This Version
Abdullah Chik, Noraniza Idris Abdullah Chik, Noraniza Idris - Lagu-lagu Dari Filem & Kenangan Lama Vol.9 (Album) LIFE Records (9) Malaysia 1994 Sell This Version
Noraniza Idris, Various Noraniza Idris, Various - Lagu-lagu Dari Filem & Kenangan Lama Vol.10 - Semenjak Kita Berpisah (Album) LIFE Records (9) Malaysia 1996 Sell This Version
Noraniza Idris Ala Dondang (Album) Suria Records Malaysia 1997 Sell This Version
Noraniza Idris Mashyur (Album) Suria Records Malaysia 1998 Sell This Version
Noraniza Idris Bekaba (Album) Suria Records Malaysia 1999 Sell This Version
Siti Nurhaliza, Noraniza Idris Siti Nurhaliza, Noraniza Idris - Seri Balas (Album) Suria Records Malaysia 1999 Sell This Version
Noraniza Idris Iktiraf (Album) Suria Records Malaysia 2000 Sell This Version
Noraniza Idris Aura (Album) Suria Records Malaysia 2002 Sell This Version
Noraniza Idris Sawo Matang (Album) Universal Music Sdn. Bhd., Gerak Budaya Malaysia 2004 Sell This Version
WCD 0098 A. Dayang*, S. Jibeng, Sham (16), Noraniza Idris A. Dayang*, S. Jibeng, Sham (16), Noraniza Idris - Melayu Deli(CD, Album) WAU WCD 0098 Malaysia 2004 Sell This Version
0007-2 Noraniza Idris Cintaku Satu(CD, Album) Erama Records 0007-2 Malaysia 2011 Sell This Version
none Noraniza Idris, Razis Ismail, Azmir Arif, Ihab Ismail Noraniza Idris, Razis Ismail, Azmir Arif, Ihab Ismail - Kalimah Lebaran(CD, MiniAlbum) Noraniza Idris Production Venture Sdn Bhd none Malaysia 2014 Sell This Version

Compilations

HMCD 5019 Noraniza Idris 16 Pujaan Malindo(CD, Album, Comp) Life HMCD 5019 Malaysia 1990 Sell This Version

Videos (1) Edit